Wednesday, 22 February 2017

JANGAN MENGALAH


Semakin dewasa diri kita,
Semakin kita mengejar cita-cita,
Membina impian ,
Ada yang ingin jadi macam orang lain,
Ada juga yang nak menandingi orang lain,
Ada yang berpenyakit ingin jadi sihat,
Ada si miskin ingin menjadi kaya,
Ada yang bersedih dan mahu belajar untuk gembira.

Kita adalah tak sama dan berbeza,
Masih merasa hiba walaupun terasa dah gembira,
Kuatlah kita berjalan mengejar cita-cita kita,
yang pasti kebahagiaan pasti akan tiba,
cuma menunggu masa,
berusaha tanpa alpa,
jangan berhenti sebelum cita kita terlaksana.

Menangis lah dengan tersenyum,
bila kita dah lihat hasil kepayahan kita,
memberi erti dan makna,
untuk diri kta,
mungkin juga untuk mereka.

kuatlah,
jangan mengalah,
orang yang kalah tetap akan kalah,
jika dia tidak menyimpan keinginan untuk menang.
kuatlah,
untuk hari-hari yang mendatang,
jangan mengalah <3

No comments:

Post a Comment